Monday, November 9, 2009

'white power in black face'......

Demonstrasi di depan rumah putih menuntut supaya Obama menarik balik askarnya dari Afganistan dan juga Iraq.. Presiden USA itu di anggap alat orang putih dengan dasar imperialis yang berterusan..

Tetapi pada masa yang sama Presiden US ini telah berjaya mendapat persetujuan Kongres bagi meluluskan undang Penjagaan Kesihatan yang sekaligus memberi perlindungan kepada lebih 36 juta rakyat @ dan akhirnya 96 % rakyat Amerika akan mendapat insuran perlindungan kesihatan....Beliau yakin pada penghujung tahun ini beliau akan menandatangani undang-undang tersebut walaupun banyak mendapat tentangan dari pihak Konservatif..

Kepantasan membuat keputusan yang memberi kesan besar kepada majoriti rakyat adalah yang paling menarik. Memang satu revolusi besar kepada rakyat Amerika yang sekian lama tidak mendapat perlindungan kesihatan. Selain dari itu banyak lagi keputusan-keputusan lain yang telah di ambil dalam masa yang singkat!Keputusan besar dalam masa yang singkat!

Pembaharuan yang kita harap berlaku di Malaysia banyak.. Yang menjadi kerisauan dan keperihatinan kepada rakyat Malaysia i.e. ekonomi yang lembab, sistem pendidikan yang bercelaru, ketelusan dan rasuah, sistem penguatkuasaan undang-undang dan penyampaian yang lemah, keselamatan rakyat, kebanjiran pendatang haram dll, seolah-olah tiada ada penyelesaian dan penghujungnya..

Ahli politik bercakaran sesama sendiri, kematangan berpolitik jauh sekali. Parti yang memerintah masih lagi di peringkat retorik dan slogan tanpa tindakan penyelesaian. Penyelesaian, penyelesaian yang diikuti dengan polisi yang mantap dan undang-undang jika perlu, bukan tindkan dan penyelesaian perhubungan awam dan setengah masak! Jauh lagi Malaysia ini... apatah lagi dengan kepimpinan yang ada masakini!. Harap-harap anggapan saperti 'white power in black face' kepada Obama tidak melarat kepada pemimpin politik di Malaysia..

Monday, November 2, 2009

Belanjawan;....Najib pun sama macam Anwar

"Anwar ni tak habis-habis menyusahkan aku!". Apa pasai yang hang marah sangat kat Anwar ni? "Dari dulu, sejak aku dalam BTN, sampai dia jadi menteri la ni dok menyusahkan aku lagi". Pasai apa? "Cuba hang tengok surat khabar ni, nampak tak dia pekena aku lagi, tak pasal saja aku kena bayar service charge kredit kad.. Tu la saja tempat talian hayat aku. Huh!"

Dailog ini antara aku dengan kawan ni beberapa tahun dulu.. Kawan ni pun baru saja pencen baru-baru ni.

Semalam,secara kebetulan aku jumpa dia lagi. Aku teringat cerita lama dan aku tanya lagi.. Apa macam menteri Keawangan baru yang hang dok sanjung sangat la ni? "Huh hampas, dia pun sama macam Anwar, kena juga bayar service charge RM50.00 tu! Dah tu kereta VW aku pun nak kena pi check lagi dengan Puspakom. Tak habis-habis menyusahkan rakyat. Ha yang tu la depa dok kata rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan!"

Dasar Automotif Negara dengan cadangan pemeriksaan kereta yang lebih 15 tahun kononnya untuk mesra alam, kereta berteknologi canggih, keselamatan dan meningkatkan tahap kompetatif industri kereta di Malaysia. Lupakah kerajaan industri kita tidak kompetatif kerana dasar perlindungan kereta tempatan, dasar pencukaian kereta impot, monopoli dan akhirnya kualiti yang rendah! Jadi kalau kesilapan ini kesilapan kerajaan mengapa rakyat yang susah yang memakai kereta burok ini yang mahu di hukum dan harus membayar harga kelemahan dan kesilapan dasar kerajaan!

Begitu juga dengan cukai perkhidmatan kad kredit kononnya mendisiplinkan pengguna! Apakah dengan pengenalan cukai ini masaalah hutang kad kredit dapat diselesaikan? Mengapa rakyat yang harus membayar jika kerajaan secara leluasa membiarkan pihak bank mengaut keutungan secara mudah? Mengapa rakyat harus dibebankan dengan cukai jika pihak berkuasa gagal menangani isu Along dan peminjam wang tak berlesen??.

"Depa ni semua sama saja, asyik dok pekena kita.. Kali ni, Sapa pun aku tak mau bagi dah!" Aik tak mau bagi apa pulak ni? "Bagi undi la bongok!" Huih.. marah sungguh kawan aku ni..

Wednesday, October 21, 2009

Dari Janda Baik ke Bagan Pinang dan ke PWTC.....

Proses pembaharuan dalam UMNO sedang berterusan. Sejak kalah teruk dalam PRU 12 yang lalu hingga kini pelbagai usaha dan gagasan serta tindakan susulan telah dan sedang di buat. Kabarnya, di Janda Baik baru-baru ini semua ketua-ketua bahagian dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri telah membuat perancangan strategik.. Jadi kenalah buat SWOT analysis bagai. Ada yang serius, ada yang sambil lewa terpaksalah membuat pembentangan dan mengakui kelemahan masing-masing berserta dengan pelan tindakan negeri masing-masing!

Malangnya Naib Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah tidak pula membentangkan sendiri analisa dari Kedah. Kabarnya salah seorang Ketua Bahangian di pilih membuat pembentangan sedangkan negeri-negeri lain semuanya di bentang oleh pengerusi perhubungan atau naib pengerusi! Apa sudah jadi Kedah? Kalau nak buat SWOT analysis depan PM pun tak berani, mampukah nak buat strategi mengambilalih Kedah dari pembangkang?

Dari Janda Baik, dengan semangat berkobar mereka ini ke Bagan Pinang. Kabarnya bekerja keras dan hasilnya BN menang dengan selesa. Di sini pun kabarnya Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah hanya berada di sana hanya ketika Pengerusi Perhubungan datang melawat! Alahai Datuk Bashah, pakai harap anak buah saja ka?Apakah faktor Tan Sri Isa, atau kerja keras orang BN atau undi pos yang menyebabkan kemenangan tersebut! Bagaimanapun kabarnya semua peti undi yang kalah dulu telah di menangi oleh BN.

Semangat ini berterusan dengan perhimpunan di PWTC. Semua pindaan yang dicadangkan telah diluluskan. Satu demi satu pemidato dari negeri-negeri menyokong ucapan presiden dan pindaan perlembagaan UMNO. Semua berkobar-kobar dengan ide-ide perubahan..

Kata Tun Mahathir jangan syok sangat dengan Bagan Pinang. Pindaan perlembagaan tidak menjamin politik wang akan tamat. Sementara itu rakan konngsi UMNO masih lagi dengan pergolakan dalaman yang serious. MIC masih tidak setabil dan MCA semakin parah. Apakah perubahan di Janda Baik,Di Bagan Pinang dan di PWTC mampu memberi impak kepada PRU13 nanti?? Masa semakin suntuk. Persediaan dan usaha pembaharuan masih lagi di tahap slogan dan harapan, di mana pelan tindakannya?? Kedah bagaimana?

Friday, September 4, 2009

antara menteri, kepala lembu dan selsema babi!

Kata menteri amaran, tindakan undang-undang perlu di ambil terhadap penunjuk perasaan yang membawa kepala lembu di bangunan SUK Selangor baru-baru ini atas alasan lembu di anggap suci kepada kepercayaan agama sekelompok rakyat Malaysia.

Di negara-negara Eropah penyakit 'Swine Flu' sedang di tangani dan masih lagi di rujuk oleh mereka ini sebagai 'Selsema Babi. Di Malaysia kerajaan mengambil keputusan menggunakan istilah H1N1 dan tidak menamakan penyakit itu sebagai Selsema Babi!

Nampanya dalam dua kes di atas, persoalan sensitiviti menjadi ukuran kerajaan dalam mengambil tindakan dan membuat keputusan.Tidak bolehkah kita mengambil keputusan yang betul saperti kata orang putih ' a spade is a spade'. Kalau tunjuk persaan itu salah tak ikut peraturan undang-undang maka buatlah keputusan sebab perarakan itu haram! mengapa perlu mengaitkan tentang simbol-simbol tertentu. Begitu juglah kalau Selsema itu Selsema babi panggil sajalah Selsema Babi!

Nak buat camana? Itu saja kualiti menteri yang kita ada di Malaysia hari ini!

Thursday, August 27, 2009

MCA .. Aset atau Beban kepada BN??

Penyingkiran Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek akan mengundang padah pada MCA?. Satu persoalan yang sukar di jawab terutama dalam politik pembaharuan masakini.. Semua ahli MCA tahu bahawa Chua Soi Lek masih lagi berpengaruh dalam MCA. Di sebalik kontroversi dan tanpa sebarang jawatan dalam kerajaan beliau masih mampu meraih sokongan bagi memenangi jawatan Timabalan Presiden MCA tempoh hari. Bukan menjadi rahsia lagi bahawa beliau adalah bukan orang Presiden Ong Tee Kiat (OTK)..

Chua Soi Lek masih lagi menguasai Johor walaupun OTK mengambilalih jawatan Ketua MCA Johor. Keadaan bertambah burok bila Chua Jui Meng juga orang kuat MCA dari Johor telah keluar parti. Kedua mereka adalah orang Johor. Dalam keadaan sekarang tidaklah mustahil bahawa penyokong Chua Jui Meng akan turut bersimpati dengan Chua Soi Lek.

Dari perspektif masyarakat Cina, MCA secara keseluruhannya telah di tolak!! MCA ditinggalkan dalam pilihanraya yang lalu. banyak faktor dalaman MCA sendiri dan mungkin juga sikap UMNO menjadi sebahagian kebencian orang Cina kepada MCA.

Persoalannya mampukah MCA membantu BN dalam pilihanraya umum ke 13 nanti?? Berdasarkan rekod dalam beberapa piliharaya kecil yang lepas adalah jelas MCA tidak mampu membawa balik pengundi Cina kepada BN. Perpecahan yang bakal berlaku akibat penyingkiran Chua Soi Lek ini sudah tentu akan memburukkan lagi tahap kepercayaan masyarakat Cina terhadap kepimpinan MCA..

Apakah pilihan yang ada kepada UMNO dan lain-lain parti dalam BN dalam PRU13 nanti?.Skandal demi skandal terdedah. Pekung di dada terus terbuka tanpa rasa segan silu. Saman menyaman sesama sendiri dengan rakan ahli dan anggota BN.. Tidak usaha membuat 'damage control' dari pucuk pimppinan BN? Semua ini merupakan petanda yang amat burok kepada BN..

MCA bercakap mengenai perubahan.UMNO juga bercakap mengenai perubahan..BN juga bercakap mengenai perubahan. Setakat ini cuma cakap-cakap kosong tanpa menyedari kemahuan akar umbi dan menyedari realiti politik masakini!! Kehancuran dan kemusnahan semakin hampir?...atau mungkinkah proses peremajaan dan perubahan dalam MCA dan UMNO mampu menarik ahli dan rakyat Malaysia sekali lagi memberi kepercayaan kepada mereka meneraju pemerintahan Malaysia?? Persoalan yang semakin mudah di jawab!!

Thursday, August 13, 2009

Datuk asli, Dato samaran di merata Malaysia!!

Ahli Majlis Jaksa Pendamai Malaysia mencadangkan supaya di buat senarai orang-orang yang bergelar Datuk @ Dato untuk di periksa oleh orang awam tentang kesahihannya.

Cadangan ini timbul mungkin kerana dah terlalu ramai Datuk@Dato yang asli yang di tuduh terlibat dengan segala macam jenayah dan salahlaku yang memalukan.. Lebih dari itu ramai juga yang menyamar menjadi Datuk@Dato dengan tujuan tertentu. Ada juga yang guna gelaran Dato Mindanao dan ada juga yang pakai gelaran Dato adat pepatih dari Negeri Sembilan. Hari ini terdapat segala macam Datuk@Dato di merata Malaysia.

Anugerah gelaran begini adalah satu amalan feudal yang dijelmakan dalam bentuk baru di zaman moden ini. Yang masaalahnya sekarang soal intergriti penerima dan pemberi anugerah itu sendiri dipertikaikan rakyat. Kata orang kalau berjalan di Chow Kit Road kalau tak tersepak kaki Datuk@Dato tak sah jadinya. Pada pandangan umum gelaran itu sudah tidak ada nilainya lagi di mata orang ramai..

Bila soal kredibiliti dan intergriti dipersoalkan elok benarlah sistem ganjaran/anugerah ini diperhalusi.. Kalau tidak jadilah bahan ketawa dan sindiran masyarakat! Tepuk dada, tanya selera kepada pemberi dan juga penerima!!.. Kalau ada yang dok berangan tu lupakan saja... ianya dah tidak berharga lagi......

Tuesday, August 4, 2009

UMNO Kedah.. ADUN letak jawatan??

Umno Kedah di landa masaalah dalaman yang agak teruk?. Siapa sebenarnya yang menjadi supremo/general di Kedah.?? Datuk Shafei nampaknya menghadapi ujian getir. Timbalannya pula nampaknya hanyut dan tidak dapat mengawal keadaan. Paling teruk seolah-olah tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu tentang apa yang berlaku, sedang dan kemungkinan akan berlaku!

Minggu lepas kita dengar cerita dari UMNO Padang Serai, Kedah. Terjadi pergaduhan yang memalukan. Minggu ini juga, kabarnya lagi satu bom akan meletup kalau tidak ditangani dengan cermat. Kabarnya, seorang ADUN UMNO akan meletak jawatan kiranya soal peruntukan kepada kawasanya tidak diselesaikan pada 8 Ogos ini. Ini gara-gara tindakan Pengerusi Pembangunan Negeri, yang katanya sewenang-wenangnya memindahkan peruntukan tersebut ke kawasan beliau sendiri dengan kerjasama Pegawai Pembangunan Negeri.Akibatnya ADUN ini amat tertekan dengan pelbagai desakan dari cawangan..

Di Bahagian Sungai Petani, Di Bahagian Kuala Kedah, Bahagian Pokok Sena juga kabarnya macam-macam berkelodak dan menanti saat untuk meletup.. ..Manakala Ketua-ketua bahagian yang baru menang asyik dok susun strategi nak letak orang dia sebagai perwakilan! Jadi sampai bila pertelingkahan puak-puak di bahagian ini akan reda dan dapat memberi tumpuan kepada kerja. Bagi la peluang mereka bertanding dan memilih tanpa campurtangan ketua bahagian..

Mengapa jadi begini? Pengerusi Perhubungan atau Timbalan Pengerusi Perhubungan atau Setiausaha Perhubungan buat kerja apa? Perkara sebegini sepatutnya tidak boleh dibiarkan melarat menjadi bahan percakapan.Sebarang berita, isu yang berbangkit di bahagian, sekecil mana sekalipun,perlu di siasat segera. Bara api kalau ada perlu dipadamkan dengan segera. Yang di negeri patut menegur yang di bahagian. Yang di bahagian patut meredakan perselisihan dan merapatkan barisan! Tapi diperhatikan perkara saperti ini tidak berlaku dan seolah-olah terbiar dan tak terurus..

Kepimpinan UMNO Kedah apa sudah jadi? Masa semakin singkat! Nampaknya UMNO negeri masih lagi dalam minggu orientasi? Padahal waktu sekarang sudah sampai waktu melaksanakan pelan bertindak! Letih!...